Sunday, February 27, 2011

gambar yang menarik...

tengoklah gambar2 kat bawah ni...sangat kreatif orang yang membuat nya...
saya tak tahu siapa yang buat ni..gambar2 ni pun saya dapat dari kawan saya yang forward email yang dia dapat...;)
saya rasa gambar ini menarik, jadi saya kongsikan dengan kamu semua..;)










kreatif kan...hehehehe
ada banyak lagi sebenarnya..saya malas nak upload banyak2 sebab internet sangat lah slow..huhu

Sombong Ke??

assalamualaikum...;)

ok,sombong ke??apsal tanya camtu..tapi memang la kadang2 terdetik gak soalan camtu lam diri ini...hehehe
sebenarnya kebelakangan ini saya amat la rimas dengan seorang friend saya kat fb..huhu (mintak2 dia x baca blog ni)*takut la lau dia terasa..
haritu sampai 2 minggu saya offline chat kt fb sebab xnak chat ngan dia ni..aman lah 2minggu..tp bila dah online smula rupa2nya dia wujud lagi...huhu
bukan pe, saya malas la nak layan orang yang tiba2 chat ngan saya dan tanya soalan yang remeh2..lau tanya soalan yang susah cam addmath ok jugak..hihi
setiap kali chat mesti nak tanya dah makan lom, ngah watpe tu, ada kat mana tu, dah mandi lom..alahai lemah semangat nak jawab...memang la soalan ni senang je nak jawab tapi lau hari2 duk tanya benda camni tak rimas ke...huhuhu
sekarang lau dia chat ngan saya mesti saya jwb sepatah dua je..pastu dia cakap saya sombong, xnak kawan ngan dia..tp saya xkisah dah dia nak pikir pe asalkan saya dapat elak dari dia...
masalah lain dia ni dah tunang..tapi asyik tanya saya je camne la lau kiteorg kapel..please la...jaga la tunang tu elok2...huhu

ada jugak kes yang sorang ni mula2 biasa jela mesej nye..tp tiba2 tanya saya dah mandi lom..bukan setakat tu je tanya lagi mand pakai baju ke x..adoi..takde soalan len ke...lepas tu saya terus xlayan mesej dia..eee..geli la..huhu xpelah nak anggap sombong pun..huhu..

dan pengakuan ikhlas dari saya, saya memang sombong..hahaha lau saya x kenal sangat dengan seseorang dan tak senang dengan cara orang tu memang saya x akan layan orang tu...bukan sombong yang membanggakan diri tu (yang ni x elok) cuma sombong tak layan je..tapi saya xpernah menolak lau ada yang nak kawan ngan saya..;)

sangat la stress bila berhadapan dengan orang2 camni...
kamu semua pernah ada pengalam macam ni tak..^^

camnni ke rupa sombong??hehehehe
p/s: jangan la pulak sombong x bertempat..x baik tau..hihi

Saturday, February 26, 2011

Nak Mintak Tolong....

assalamualaikum semua...

ada x sape2 kat sini kenal mana2 developer/pemaju perumahan di kawasan masing2 atau dimana2 sahaja...
saya nak mintak tolong dapatkan phone contact atau apa2 sahaja yang bolehkan sya untuk berhubung dengan pemaju2 tersebut...
kalau ada sapa2 yang tahu nak mintak tolong bagitahu kat saya ek...
saya amat2 memerlukan pemaju perumahan untuk membuat assingment....;)

nak jual rumah kena ada rumah kan...hehe ;)


Friday, February 25, 2011

Bunga-bunga Cinta.;)

lirik lagu Bunga-Bunga cinta..
nyanyian Dude Herlino ft. Asmirandah...;)
ost MIHRAB CINTA...;)

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

membuncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta.

layan lagu indon ni best jugak kadang2..;)
ni poster tuk cte MIHRAB CINTA tu....;)


Aku, Dia & Vintage

first time join contest ni..hehehe
saje suka2...;)

k,nak tau sal contest ni leh la klik sini : kom and the typewriter


gambar sebelum :


gambar selepas :


nak tag---->>> kak una , kak cham , dean


Thursday, February 24, 2011

Tips Untuk Merasa Gembira..;)

Tips 1 : Cari seseorang dan bantu dia meringankan bebanya...;)

Tips 2 : Bantu sahaja, sekadar menolong tanpa mengharapkan apa-apa ;)

Tips 3 : Mengingati orang-orang kesayangan anda..;)

Tips 4 : Membina satu hobi..;)

Tips 5 : Hampirkan diri kepada tuhan sehampir mungkin..;)

Wednesday, February 23, 2011

Biasa Yang Berbisa..;)

Kelihatan seekor kala jengking berdiri di tebing sungai. Ingin menyeberang ke tebing sebelah sana. Lalu, ia meminta katak membawanya ke tebing seberang sana.

"Bagaimana aku yakin kau tidak akan menyengat aku?" Tanya katak.

"Kerana aku akan lemas kalau aku menyengat engkau," jawab kala jengking.

Ada benarnya kata-kata kala jengking itu, lalu katak membenarkan kala jengking memanjat ke belakangnya. Dan katak pun berenang.

Sampai di pertengahan sungai, kala jengking menyengat belakang si katak. Sebelum kedua-duanya lemas, sempat katak bertanya, "tapi kenapa?"

"Biasa lah," jawab kala jengking. Dan kedua-duanya mati lemas, di tengah sungai.

Biasa buat? Bisa buat?

Banyak benda biasa, yang mana bila kita biasakan, boleh menjadi bisa yang akhirnya membunuh diri kita. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hanbali dan Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab mereka Tazkiyatun Nufuz wa Tarbiyatuha kama yuqarrirruhu Ulama As Salafmenuliskan terdapat empat racun hati yang paling biasa dilakukan, tetapi mempunyai kesan besar kepada hati, iaitu banyak berbicara, pemandangan yang tidak dijaga, terlalu banyak makan dan banyak bergaul dengan sembarangan orang.

Abu Hurairah berkata, hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para perajuritnya. Apabila raja baik, maka baik lah para perajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk lah para perajuritnya.

"Biasalah!"

Selalu kita dengar orang beralasan dengan alasan 'biasa' bila ditegur tentang sesuatu. "Biasalah. Doktor hisap rokok, ustaz-ustaz pun hisap rokok," itulah jawapan bila ditanya kenapa merokok.

"Alah, lewat sikit saja, bukan tak datang langsung pun. Biasalah, kita kan orang Melayu," respon bila digesa untuk tidak datang lewat.

Apa masalah sebenar?

Masalah doktor atau ustaz juga hisap rokok, atau masalah dilahirkan sebagai orang Melayu (baca: salah ibu mengandung)?

Atau ini sebenarnya masalah sikap?

Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita.

Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap, tanpa terlebih dahulu menjaga hati kita?

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

alt

artikal ni dapat dari iluvislam

share kat sini sebab ia sangat menarik!!! ;)

Monday, February 21, 2011

SENYUM :)

assalamualaikum...
ok...kali ni nak paksa semua orang senyum..bley x??hihi
kenapa perlu senyum??hepy ke???
senyum bkn mase hepy je ek..mase susah pun bley senyum tau...yeke??
xnak mengarut panjang2...just nak kasi beberapa fakta menarik sal senyum ni..

apabila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi...
masa mengerutkan dahi lagi banyak guna otot dari masa senyum..so, lau asyik kerut dahi je cepat tua la muka nnt...hehehe
bayangkan lau kita senyum selalu..mesti otot2 muka kita jadi tegang, so xyah la nk suntik2 botox ke apa ke kat muka tuk kasi tegang...senyum je dah leh kasi tengang...hehehe


memulakan hari dengan senyum bukan sahaja menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan
senyum mampu merendahkan tekanan darah dan menambah kemasukan oksigen..mengurangkan risiko penyaki jantung..so,sape xnak diri sentiasa sihat??mesti nak jaga kesihatan kan..jadi leh la amalkan senyum selalu..;)


senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik..
smua orang pernah merasa stress kan..tapi biasanya stress yang kita rasa tu biasanya stress yang x baik dimana ia akan memberi kesan kepada sistem ketahanan badan kita..jadi, apa kata tukar stress yang x baik ni kepada stress yang bai iaitu senyum..;)


senyum adalah sedekah..
lau sedekah mesti dapat pahala kan...so, apabila kita senyum ngan ikhlas kita akan mendapt pahala..;)
senyum adalah penawar bagi penyakit rohani yang kronik...nak senyum x perlukan modal..hanya keihklasan yang diperlukan untuk memaniskan senyuman...senyum juga dapat menyejukan hati yang sedang marah dan dapat memberi gambaran yang baik tentang sesorang itu jika dia selalu tersenyum dengan ikhlas...

kesimpulanya...senyum lah selalu kerana senyum itu dapt meberi banyak kebaikan kepada diri kita...selamat senyum ye semua..;)hehehe






Hari YAng Busy

ha??bz sangat ke??hahahaha
sebenarnya x pun....disebabkan ad masalah hari yang tenang bertukar jadi bz...
dalam2 bz pn sempat blogwalking...hehehehe

blog ni wat masalh harini jadi x de apa yang bleh diupdate...
minggu ni pun mungkin bz untuk update blog...campur dengan internet yang lembab...
bnyak kali kena loading tuk dapat tngok full blog org ..huh..sgt la x suke..
insyallah akan rajin jlan2 kat blog org tuk tggal jejak or komen..;)

k lah...selamat malam tuk kawan2 blogger...
dah kena tido sebab esok ad test jadi pagi esok bngun awl2 tuk study..
(ha,kantoi study last2 minit...bgus x study last2 minit ni??bgus kan??hehehe)
*jgn ikut amalan ini k* ;)

saje letak gambar bear ni..sgt suka teddy bear..comel kan....ada sapa2 sudi hadiahkan tuk saya??;P
hehehe...gurau je
kata2 kat gambar ni khas untuk semua kawan2 blogger ye...;)

Sunday, February 20, 2011

masalah teknikal

assalamualaikum.....
maaf ye blog ni ad masalah teknikal...
lau sesiapa pelik ngan blog ni wat2 tak tau dah la ye..
memalukan tuan blog je...hehehehe

xleh update panjang2..nnt lg memalukan..huhu
k bye...;)

Saturday, February 19, 2011

SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER

assalamualaikum..;)
harini baru berpeluang nak join segmen dari blog abg BEN ASHAARI ni..


bagi sape yg layak jom join segmen ni...
syarat2 leh tngok dekat blog abg BEN ASHAARI ni..
ok done!!!..;)

bersyukur sebab 'TAK CANTIK'

ramai yang share ni kat FB..so, saya nak share kat sini jugaklah..;)


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.


walaubagaimanapun, cantik tu subjektif..xsemestinya setiap orang itu mempunyai pandangan yang sama mengenai kecantikan..mungkin orang A cakap orang C tu cantik tapi orang B x semestinya akan cakap orang C tu cantik jugak kan..jadi, seperti penulis note ni cakap berusahalah untuk menjadi cantik pada pandanganNya..insyaallah kita akan dilindungi dari segala keburukan..;)


cantik n ayu kan..hehehe

ni dak amirul yg sy cerita lam entry lepas2 tu..^^

cerita lucu

disebabkan xde idea nak di ceritakan...so, pada hujung minggu yang agak bosan ni saya just copy paste cerita2 lawak kt internet ni untuk diletak lam blog...
walaupun kebanyakan cerita ni ada yang dah dibaca tapi tetap ketawa dan tersengeh bila membacanya untuk kebeberapa kali...hehehe ;)

MENANTU BILL GATES

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Hoho, This is how business is done!!


NAK CERITA PUN MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”


BANGKAI GAJAH

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.


sambil2 buat assingment leh la layan lawak2 ni supaya tak tension..hihi ;P

Friday, February 18, 2011

uniknya nombor!!!!!

Entry ni nak cerita pasal keunikan nombor...kalau kamu semua tengok gambar dibawah baru kamu semua faham ap yang saya maksudkan..xterfikirkan oleh kita selama ni..saya pun baru dapat tahu pasal hal ini...jalan2 baca blog, tiba-tiba terjumpa entry sal no ni kat blog kawan saya...menarik je saya tengok saya nak kongsilah kat sini juga...^^

jom tengok apa yang nampak unik kat nombor-nombor yang memang x asing la lam hidup kita..boleh dikatakan hari2 kita akan menggunakan nombor...so,dalam menggunakanya apakata kita explore keunikan bagi setiap nombor ini..;)






so, apa pendapat kamu semua...unik kan...^^

Thursday, February 17, 2011

Budak2 Sekarang!!

nak cerita pasal anak sepupu saya yang bernama MUHAMMAD AMIRUL HAKIM.

nilah MUHAMMAD AMIRUL HAKIM...muka nk serius...hehehe
*suka pakai baju ada upin ipin,smpai snggup pkai baju yg sama...huhu

dulu dak kecik ni pernah la saya babysit dia selama 2 bulan. Masa tu umur dia 8bulan, kecik lagi. saya x ada keja nak dibuat sementara tunggu result SPM, so jagalah budak kecik ni. Hari pertama jaga dah bebenjol kepala dak ni..hehehe x sengaja sebenarnya...saya letak atas katil tp dia degil nak ikut saya so dia terjun katil..dush!!jatuh kepala dulu..adoi..berdebar kot...huhuhu tapi ok je pastu..siap gelak2 walaupun menangis smpai satu kampung leh dengar mase jatuh tu...hehehe sory ye adik..;)

ni gmbar masa kecik2..comel kan...hihi

ok, tu bukan motif sebenar yang hendak diceritakan..;P
yang sebenarnye yang ad kena mengena ngan tajuk ni adalah sal dak kecik ni masuk sekolah.
awal tahun aritu dia ni dah start belajr kt Tadika..umo sekarang dh 4tahun.
so, exicted la bile die ni dh masuk sekolah kan...adik saya yang bongsu ni g la usha2 kat rumah die time2 petang n jadi wartawan tanye dak kecik ni apa perasaan masuk sekolah..

maksu: adik, best x g skolah??
adik: (just angguk kepala..sombong!!!)
maksu : ooo..ok..(x berminat nak tnnye lebih2)

tiba2...dak kecik ni datang dekat maksu dia n berbisik
"su, best g skolah...ramai awek...hehehe"

amboi2...dak kecik pn dah pandai ek sekarang...macam2 la budak ni...
td mase org tnye xnak jawab sebab malu tkut2 mama die dengar...huhuhu
xpelah, motif ke sekolah dh terpesong..aslkan dia minat ke sekolah dh la...;)

gambar tahun lepas...dah praktis galas beg..bukan bawak buku lam beg..tp patung ultramen..ad ke patut..huhu :)

Kisah Anak Jiran :)

dalam kusyuk wat assingment, tiba-tiba teringat kisah dekat kampung pasal anak jiran saya ni...
dia ada dua adik beradik, tapi kakak dia sekarang tinggal kat rumah kebajikan, tinggallah dia seorang ngan mak ayah dia...biasalah bila tinggal seorg mesti bosan kan..so, sape jadi mangsa untuk berkawan ngan budak ni???tak lain tak bukan mestilah jiran dia yang baik hati ni...huhu

saya jadi mangsa time balik cuti je..heheheh jiran saya ni baru je umur 12 tahun tapi anggap saya cam budak sebaya dia, bukan dia cam sebaya saya ek...huhuhu
petang-petang je mesti nak ajak men badminton or congkak..sebab 2 tu je mainan yang dia ada...

budak 2 : wani, jom men badminton (mcm kwn bek dia je dia ajk..huh!)
wani : malas la...
budak 2 : ala..marilah main. meh ak ambil raket aku
wani : malas la nak main...huhuhu
budak 2 : ok, kita men congkak.
wani : pandai men ke???(dalam hati malas nk layan sbnrnye)
budak 2 : pandai lah..aku g ambil congkak ek...tunggu ak g amik kejap..
wani : (memaksa budak ni...layan jelah)

*dak ni lau men congkak slalu je kalah, lau nak kalah je mesti dia akan suruh main semula, msalahnye lau men smula menang xpelah..ni kalah jugak...mcm2 hal...huhu

lau time saya rajin nak men dan saya ajak dia main mesti laju je dia balik rumah dia amik raket atau congkak tuk main...
tapi dia ni sombong gak kadang2..haritu ayh dia baru beli basikal tuk dia, lepas tu bila time ajak men dia lak yang jual mahal..nak men basikal katanye...adoi..mals nak layan...huhu

tapi kesian gak kat dak ni..ayik kena buli ngan kami adik beradik je...hehehehe
kami bukan slalu buli pn tapi beselah smbil2 men ngan dia, buli la ckit2..;)

Wednesday, February 16, 2011

Jenis-jenis Pelaburan!!


lau nak buat pelaburan mesti orang akan pikir sal saham kan...melabur mesti saham...saham mesti melabur...huhuhu sebenarnya nak melabur ni bukan boleh dengan saham je tau...ada macam-macam jenis pelaburan yang boleh kita lakukan...;)

Type of Investment :
1. Stok and Share
2. Loan
3. Bonds
4. Saving
5. Unit trust
6. REITS
7. Property

ha, lau sape2 nak tau lebih lanjut sal pelaburan2 ni anda semua boleh la google ek...hihi
tapi percayalah, sape2 yang nak melabur leh la libatkan diri dalam mane2 jenis pelaburan yang ad ni..;)

mood: wat assingment..;P
sbnarnye ni assingment yg kami kena buat...lecture suh cari tahu sal jenis-jenis pelaburan ni...apa saja yang berkaitan..hehehe ;)

psst..sape2 yang tahu sal2 pelaburan ni leh la tolong sy wat assingment ni ek..hihi

ada ebook lagi suh kita melabur ngan Unit Trust..;)

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...


MAULIDUR RASUL 1432H

salam maulidur rasul buat semua..;)
marilah kita sama-sama menyambutnya dengan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammmad S.A.W
Rasul adalah peminpin umat islam yang tiada tolok tandinganya. Marilah kita berpegang pada ajaran dan sunnahnya..;)

Saturday, February 12, 2011

My Kampung!!!

ok..jom cari kampung masing2 guna Google Earth....dari duk saje2 n bosan dihari minggu, so kita bukak la google earth untuk mencri kampung sendri...hehehe sronok tau...(cm bdk2..hahaha)
jom start search kampung saya...hehehe
tadaaaaaaaaa......

nilah kampung saya..di dalam hutan je...hihi

ok, kampung saya ni dikelilingi ladang sawit dan kebun getah...ni bukan felda tau...hehehe tapi ladang2 ni semua milik RISDA....ramai jgak orang kampung saya kerja sebagai penoreh getah...kaya dieorang sekarang ni..maklumlah getah mahal...hehehe lau keja kat ladang sawit lak majoritinya orang indon...memang ramai la...yang datang dari Lombok pn ad...seram lak...huhuhu tapi setakat ni xde la anak dara kampung kiteorg kena bawak lari dek mat indon tu...mintak2 la xde ye...amin...;)


yang bertanda bulat merah tu rumah saya..;)

jom zoom in lagi dekat...hehehe dah nampak rumah saya lagi dekat kan....mmg lam hutan la...hehehe kampung ni kecik je...xramai penduduk pn...tapi nampaknya semakin bertambah sebab banyak tanah baru dibukak...ramai ke ckit ke same je...asalkan hidup lam aman damai kan...hehehehe

dh nmpak rmh saya lagi dekat...;)

syok tngok rmah sendiri...hehehe depan rumah saya tu rumah nenek dan rumak pakcik...anak berank je yang duk sekampung ni...kebnyakanye la...so, sya xperlu nak blik kg la time raya sebab memang saya dah duk sekampung ngan nenek...hehehe belakang rumah saya tu rumah jiran sya yang paling close la kot...huhu suka datang rumah saya dalam kul 2ptg sebab nk tngok cite indon...penonton plg setia nih...hahahaha rumah dieorg belum ada tv sebenarnya lagi..lam perancangan nak beli...huhu

amacam,jom lah cari rmah sendiri guna google earth....senang je...download free je google earth ni...;) time2 boring leh la wat2 keje cmni...hehehe ;P

Friday, February 11, 2011