Wednesday, March 23, 2011

HARI INI!!!

pe yang penting sgt tentang hari ini cik wani oi..huhu

ok, hari ni bukan hari jadi sape2 special dihati saya..tapi saya suka hari ini..hehe

ada apa???hari ini kami akan berlepas ke sarawak..yeay..dah lama tunggu harini..muncul jgak akhirnya..;)

tepat kul 9pagi kami akan bertolak dari Parit Raja, Batu Pahat ke LCCT Subang…kami nak terbang ke Sarawak untuk 5 hari..ponteng klas 3hari..hehehe walaupun ada program yang kena dijalankan tapi jalan2 tetap ada..WAJIB!!!hahaha

nama program ni adalah EXPLORASI BUMI KENYALANG..kami create sendiri program ni under subjek Geographic Information System (GIS)..susah kot subjek ni..x berapa nak faham..lagipun lecture nye dari Indonesia..huhu tujuan asalnya nak buat kerja lapangan iaitu kena survey kawasan perumahan kat sana dengan amik kira harga, keluasan rumah, jumlah bilik, koordinat(guna google earth) dan lain2..hehehe

logo program kami..kacak sik??^^

sebenarnya dah buat kat sekitar Parit Raja, tapi nak bandingkan dengan perumahan katSarawak pula, so kami ke sana..hihi

doakan kami selamat sampai dan selamat pulang dari jalan-jalan makan angin program yang kami jalankan ni ye…;)

ada sape2 nak kirim pe2 tak??

Kirim SALAM boleh lah..hihi

p/s : excited sungguh..sampai nak tulis kat blog kan..^^

Tuesday, March 22, 2011

Tips Melupakan Si Dia..;)

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia… Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la…

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda… Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jau
h dari tempat anda dan rehatkan minda anda.

Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda…

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, kawan baik ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan lain jantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak…

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi… lebih bagus.. buat la Solat sunat Taubat Nasuha..If terasa diri ada membuat dosa sepanjang perkenalan.. ALLAH maha pengampun…


COPY PASTE DARI SINI..;)


Monday, March 21, 2011

Gambar2 Comel Lagi..;)








gambar lagi...lagi2 gambar..hehehe
asal saya suka letak gambar comel2 je skrg ni...sebab saya tak ada idea nak menulis..;P mmg pemalas saya ni..huhu
saya suka gambar2 comel camni..so, saya share la kat kamu2 semua..;)
lau xnak tengok pun xpe..(touching2 ckit)huhu..

Saturday, March 19, 2011

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

BANNER BEN ASHAARI

harini nak join segmen blog abang ben ashaari..
blogger ikut negeri kelahiran...lau sape2 nk join boleh la klik pada banner diatas ye..;)

Sila ceritakan latar belakang anda
umo saya 22tahun..currently kat batu pahat,sbb ngah study sini..anak ke4..

Profesion anda sekarang ?
student..lagi satu sem nak habis belajar..^^

Blog favourite anda .. kenapa ?
semua saya..n ada satu yang saya suka baca adalah blog abang ensem..blog ni mengenai hartanah..oleh sebb saya student hartanah, jadi saya suka baca blog ni..walaupun saya xde hartanah lagi tp blog ni bg inspirasi pada saya tuk miliki hartanah sendiri nnt..;)

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
xde kot..semua saya masuk je..terjah je mane2..;)

Impian anda terhadap blog anda..
impian untuk blog ni supaya kawan2 bloger suka la pada blog saya ni..;) xdelh sampai nak femes..huhu

tu je..dh siap..sape2 nk jon silalah ke blog abang ben ye..;)

Thanks to Coffee for all

entry ni khusus untuk mengucapkan terimakasih kepada Coffee for all kerana telah buat header baru untuk saya...;)

tapi saya x guna lagi header tu kerana nak kena ubah suai background supaya sepadan dengan header tu..xpekan encik kopi...hehehe...buat masa sekarang sya guna yg sedia ada dulu..sape buat ntah..hehehehe

ok, pada sape2 yang berminat nak suruh encik kopi ni buatkan header bolehlah ke blog dia dan dia ada bagi bagitahu camne nak request header dari dia..boleh klik DISINI…;)

yang paling penting encik kopi ni sangat la murah hati kerana buatkan header secara percuma je….best kan….;)

sekali lagi terima kasih ye encik kopi….

Kawan2 silalah singgah kat blog encik kopi ni…

Kalu berminat bolehlah request header dari dia..request banyak2 bagi dia sibuk..eh,gurau je…hehehe ;)


Monday, March 14, 2011

Biskut Yang Comel...;)

assalamualaikum..;)
tengoklah gmbr2 biskut yang comel kt bawah ni..mesti sayang nak mkn kn..;)

BE MINE....hehehe...comel...;)

ni biskut katak...tapi x geli pn..comel adalah..cube kiss mane la tau jadi putera kn..;)

koleksi handbag...sape nak jadkan koleksi handbag lam bentuk biskut leh la buat cmni..hehe sangat comel...;)

sebakul buah-buahan..hehe bley buat hantaran ni..pengganti buah sebenar..hehe beley ke???;P

set alat solek...biskut pn boleh dibuat alat solek...hehe comel kan...lengkap...;)

sesuai untuk besday party ni...;)

ILOVEU....comelnye..bagi kat yang tersayang..;)

biskut untuk orang sakit..hehehehe ;)

ni koleksi kasut dan handbag..sedondon gitu...hehehe ;)


traveling maybe...;)

lau dapat biskut secomel ni memang x jadi nak makan....sanggup buat hiasan...hehehe

Sunday, March 13, 2011

Skim Rumah Pertamaku..;)

assalamualaikum....;)
pernah dengar x skim ni...hehe sebenarnya skim ni baru je dilancarkan oleh PM kita dalam perbentangan bajet november thun lepas, tapi baru-baru ini secara rasminya ia telah dilancarkan pada 8/3/11...apa sebenarnya Skim ni??Skim ni bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah...;)

Skim ini menawarkan 100% pinjaman dari bank tanpa perlu bayar deposit 10% seperti kebiasaan yang dilakukan untuk membeli rumah..10%akan dijamin oleh CAGAMAS tetapi tidak bermakna kena bayar 90% je nanti, kena bayar 100% jgak...maximun bayaran balik adalah 30 tahun...

antara syarat2 nak join skim ni adalah :
  1. mesti bependapatan kurang dari RM3000 untuk keluarga atau individu
  2. hanya untuk rumah pertama, bermakna lau dh beli rumah sebelum ni maka tidak layak
  3. umur tidak melebihi 35tahun..
  4. sudah disahkan jawatan selama 6 bulan, maknanya kita ada kerja tetap la selama 6 bulan
  5. hanya untuk rumah yang berharga 100ribu-220ribu sahaja
menarik kan...ni bagus untuk golongan muda yang ingin berjinak dalam pelaburan hartanah..
namun ada pro n kontra nya..kenalah ikut prosuder yang sepatutnya..bagi yang berminat boleh lah rebut peluang ini..;)

kalau nak tahu lebih lanjut boleh lawati laman web ini skim rumah pertamaku

Friday, March 11, 2011

Bloglist Blackrose


salam semua...
jom join bloglist blackrose....;)
lau nak tau cara penyertaanya bley la klik kt SINI..

selamat berJOIN..hehehe ;)

Thursday, March 10, 2011

m0oD~~balas Dendam...hehe

hari ni hari paling bosannnnnnnnnnnnnnnnnn.....
bosan sebab menunggu....tunggu2 x muncul jgak....
dah la sejak semalam dhantui oleh bunyi p****....sedihnye..;(
rse mcm dgr ad bunyi..tp bila tngok xde pe2 pn...huhuhu
so,harini balas dendam!!!buat xtau je...hahahahaha bajet jahat la kn...huhu

mood sekarang :

bila marah rase mcm ni lak :
hahahaha...kejam tak...
sape suh cari pasal...hahahaha...
memang geram sangat2!!!!!!!!!!

Tuesday, March 8, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran...

assalamualaikum...
lame dah x update blog..sebanrnya xde idea~~wink2~~hehehe
ok,bercakap sal rahsia bulan kelahiran ni, kadang2 ada yang betul dan kadang2 ada yang tidak betul..so, terpulang pada kitalah nak nilai tu semua kan...
mungkin ada yang rase ianya betul sampai terikut2 apa yang diramalkan..tapi kita kena ingat kita xleh la nak percaya benda tu semua bulat2 kerana dapat menyebabkan syirik..mesti kita xnak terlibat dengan tu semua kan...
so, bila kita dapat something tu kita kena la nilai dulu n yang baik kita ikut, yang buruk kita jauhkan..;)

sapa2 nak tau rahsia kelahiran sendiri just google mesti berlambak2 keluar kan...oleh kerana saya lahir bulan mac, jadi saya kongsikan rahsia bulan mac ni yang saya dapat dari selangor2u.com dari artikal yang bertajuk Rahsia Bulan Kelahiran-Kajian Dato Dr. Fadzilah Kamsah..

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

  • ada la juga skit2 personaliti saya macam kat atas ni..;)

    Wednesday, March 2, 2011

    Bila Amirul jadi Girl..;)

    sape amirul..hehehe....sebenarnya amirul tu anak sepupu saya.....pernah saya cerita sal dia dalam entry2 yang lepas.....sekarang umur dia dah 4 tahun..dah masuk sekolah...;)..sebenarnya, time amirul ni kecik2 dulu kami, makcik2 dia suka pakaikan dia tudung..hehe..sebab dia sangat lah comel..dah macam girl lak bila dia pakai tudung....kesian budak kecik tu jadi mangsa kami...sape suruh comel sangat..hehe..lagipun xde baby girl time tu, jadi dialah yang jadi mangsa....tapi dia ok je..suka je bila kami buat dia macam tu.....ok, layan gambar amirul yang macam baby girl ni..;)



    ada kawan saya cakap x elok buat camni..nanti bila daktu dah besar dia akan jadi lembut...takut gak saya bila kawan saya cakap camtu..tapi alhamdulillah la amirul ni x la jadi lelaki 'lembut'..makin nakal dan ganas ada la..lagi2 dah bersekolah ni..dah ramai kawan..makin sombong la dia ni...xde dah nak main ngan makcik2 dia....asyik gi main je...tak boleh duk diam...;)

    p/s : dak mirul, ateh letak gambar ni lam blog ateh...nanti amirul dah besar leh la tngok gmbar amirul kat sini..;)