Sunday, March 13, 2011

Skim Rumah Pertamaku..;)

assalamualaikum....;)
pernah dengar x skim ni...hehe sebenarnya skim ni baru je dilancarkan oleh PM kita dalam perbentangan bajet november thun lepas, tapi baru-baru ini secara rasminya ia telah dilancarkan pada 8/3/11...apa sebenarnya Skim ni??Skim ni bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah...;)

Skim ini menawarkan 100% pinjaman dari bank tanpa perlu bayar deposit 10% seperti kebiasaan yang dilakukan untuk membeli rumah..10%akan dijamin oleh CAGAMAS tetapi tidak bermakna kena bayar 90% je nanti, kena bayar 100% jgak...maximun bayaran balik adalah 30 tahun...

antara syarat2 nak join skim ni adalah :
  1. mesti bependapatan kurang dari RM3000 untuk keluarga atau individu
  2. hanya untuk rumah pertama, bermakna lau dh beli rumah sebelum ni maka tidak layak
  3. umur tidak melebihi 35tahun..
  4. sudah disahkan jawatan selama 6 bulan, maknanya kita ada kerja tetap la selama 6 bulan
  5. hanya untuk rumah yang berharga 100ribu-220ribu sahaja
menarik kan...ni bagus untuk golongan muda yang ingin berjinak dalam pelaburan hartanah..
namun ada pro n kontra nya..kenalah ikut prosuder yang sepatutnya..bagi yang berminat boleh lah rebut peluang ini..;)

kalau nak tahu lebih lanjut boleh lawati laman web ini skim rumah pertamaku

3 comments:

azharr said...

wah 100 ribu ke atas..

wAwANiNi said...
This comment has been removed by the author.
wAwANiNi said...

yela..skrg mne nak ad rmh 100ribu kebwah...
syarat smpai 220ribu je pn org masih merungut..katenye mane de rumah double-storey yg harga 220ribu kebwh...melainkan kwsn luar bndar...
lau kwsan bndar rmh2 low cost jelh...;)

g pn rumah yg layak dibeli adalah rumah baru siap atau yang masih dibina...rmah second hand xley..;)